Friday, August 2, 2013

Tips Pergi Interview

Bismillah..

        I am no longer Siemens's staff. Masa aku buat keputusan nak berhenti kerja kat Siemens, ramai yang membantah. Yang paling meroyan sekali ialah Afen (suamiku).Yela, aku dah kerja sana 6 tahun kot. Lagi 4 tahun kerja boleh dapat Long Service Award gamaknya. Lagi satu, Siemens company besar, femes. Orang tanya je keje mana, dengan berlagaknya jawab "Siemens" sambil senyum riak. Dan kau takkan dengar orang tanya "ha, company apa tu??". Nak tau bila Siemens was founded? Tahun 1874 okkk!! Kalau dikira, Siemens sekarang berusia 166 tahun. Tak bangga lagi? heheh..

      Apa sebab aku berhenti Siemens, nanti aku share. Yang pasti, aku ada solid reasons for my exit. Bukan sehari dua punya decision ye.

     Setelah 4 bulan duduk rumah jaga anak, makanya startlah job hunting. Update resume bagai, amik gambar passport segalak. First bila aku start cari kerja balik ni, mestilah aim nak dapat kerja government kan? Impian setiap orang kot. Web SPA yang asyik hang tu pun aku update jawatan yang dipohon. Tetiba aku terfikir dan mula berpijak di bumi yg nyata. Dah bertahun2 aku apply SPA tak pernahnya nak dapat weiii. Maka, start ber-jobstreet lah kita. Swasta pun swasta lah.

    Alhamdulillah, harini apply, esoknya dapat call for interview.

Caller: Hello Hazwani, this is Mrs Lim from Green***. We received your application on Sales Engineer. Are you available to come for interview on 1st August?

Aku: Hello. Sorry what company u are calling from? And what position is that? (dengan background anak nangis kat blakang. Paling best my 2 little sons tengah bergaduh, berebut barang). hahahaha malunyee.

    Bila aku fikir balik, mak aiii ada ke patut aku tanya macam tu? Pastu aku cepat2 cakap "Can you please send me the details of the interview?" Then aku check email.

      Pastu aku dengan cargasnya reply:


       Malam sebelum hari interview, aku dah goyang dah. Sebab tak prepare. Maka, search la tips interview, buat karangan sikit dan practice. Meh aku share tips, senang korang takyah gi google2 lagi. Aku summarize kat sini yang mana aku ingat.

Tips Temuduga 
  1. Soalan yang confirm interviewer akan tanya ialah "Tell me about yourself".  Haha.
- Cara jawab dia, focus on what interests the interviewer. Jgn bikin malu jawab kau anak nombor brapa, adik bradik baper orang, lahir kat mana, mak pak kerja apa. They never want to know about your personal. Dalam hati mereka berkata "ada aku kesah?? atau.. "like i care". hehehe.
- Jgn sesekali jawab "What do you want to know?". Ini menunjukkan korang unprepare for the interview, so most likely korang tak prepare for the job.
- Nak jawab soalan ni, korang kena imagine macam movie preview. Kalau kita tengok movie preview yang best, mesti kita nak tau more pasal cerita tu kan? So, masa ni lah korang kena "sell yourself".
Ada 3 perenggan nak jawab soalan ni:

1st part: Bagitau nama, umur, tinggal mana.
               Bagitau education history. Blajo kat mana. I'm talking about tertiary education ye.
               Bagitau working experience.

2nd part: Bagitau biggest accomplishment masa kat tempat kerja lama. Contohnya kau berjaya close sale yang bernilai rm5juta. Ha cenggitu.
                      
3rd part: Bagitau apa yg kau nak in next career dan kaitkan dengan skills yg ko ada.

- Yang penting is be brief. Ayat takyah nak bombastik sangat. Ko tulis semua tu dalam perenggan then rehearse.

2.  Fikirkan jawapan kepada soalan2 standard yang lain seperti:

- Why should we hire you?
- Why you leave your previous company?
- Whats your strength and weakness?
banyak lagi sebenarnya ni.

3.  Practice, practice and overpractice.

- Bila dah tulis semua skrip interview, apa lagi, practice and over practice. Rehearse sampai kedengaran natural. Macam orang bersembang. Jgn nampak macam kaku dan jangan guna ayat buku. Masa kau tulis skrip tu pon tak payah nak grammar concern sangat. Belasah...janji confident.

4. Survey jalan

- Ini penting tahap maksima. Nak tau apa jadik kat aku? Aku meletakkan konfiden ku pada GPS papago. Sekali esoknya nak guna, dia boleh hang pulak! Tak menyala langsung pulak tu. Battery drained out. Aku call Afen gelabah2 suruh dia google map. Haiyohh. Naseb baek aku gerak 2jam awal.

5. Penampilan kena tiptop.

- Aku siap beli baju baru kat Jusco khas untuk interview. Pastu aku google, orang kata jangan pakai tudung instant(awning keras) pergi interview. Sebab nampak tak profesional. Hahaha. Yela kau bayangkan pakai tudung fareeda yang 2 3 layer, colourful plak tu. Kau nak pergi pavi ke apa? So, aku ber shawl aritu.

- Makeup. Since aku ialah makeup artist, makanya makeup adalah seperti pro. Sambil drive keta manual, change gear bagai, sambil pakai blusher. Wow husler sangat tu. Puiiii berlagak!
Tips makeup ke interview: Jangan makeup sekilo mcm ni pls:


Tapi makeup macam ni instead:


        Satu tips aku nak bagi, korang pakai blusher kaler soft pink. Layang2kan kat pipi secara lemah gemalai. Sebab pinky rosy cheek boleh buatkan effect segar serta merta. Muka terus nampak glow walaupun tak mandi! hahaha. (note: recommended blusher: MAC Dollymix).
       Ok tu je setakat ni. Paling penting on top of all these tips is of course doa. Allah shj yang boleh tolong kita. Pray hard. Nak doa pun ada caranya. Ni ustaz yg ajar ye, bukan aku memandai.
Caranya, hadirkan rasa rendah diri dalam hati dan baca إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ . Maksudnya "Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan." Pastu baru doa moga permudahkan dan sebagainya. Bila doa, kita kena yakin. Allah itu Maha Pemakbul doa.
     Oh. kalau korang nak contoh write-up pasal interview pon boleh email aku dekat sini: mylife639@gmail.com. Aku kasik sample ayat, korang edit2 sikit aje. Ai is pemurah. I am nice, like that. Puiii!!!!






  

No comments:

Post a Comment