Bismillah...
Aku start jadik part time makeup artist taun 2009. Ni dah 2013, secara matematiknya aku dah almost 4taun involved in makeup industry. Aku sebenarnya suka mewarna. Dulu masa kat skolah, antara melukis dengan mewarna, aku prefer mewarna. Aku lukis orang lidi pun burukk, apatah lagi lukis orang betul. Tapi kalau bab combination colour, mmg aku pro. Wahhh berlagakkk!
Best jugak jadik make up artist ni, sebab macam2 jenis maknusia ko jumpa. Ko dealing with customers, so tahap kesabaran ko adalah sedikit tinggi. Sesapa yg kerja dalam line customer service, mmg aku tabikkk. Ni antara jenis maknusia yg aku jumpa yang terpahat di ingatan aku, yang aku takleh lupa sampai bila2.
Si Tanggang
Kejadian ni jadik dalam taun 2011, aku ada makeupkan customer untuk nikah. Biasalah kalau ada sedara kahwin, kite pagi2 dah gather kat rumah pengantin. Masa tu mmg penuh rumah customer dengan sanak sedare. Tengah aku makeupkan customer ni, ada sorang budak pempuan, budak skolah menengah, tengah tengok aku makeup. Dia ni anak buah customer aku. Aku dengar mak dia panggil dia :
"Kakak, cepat pergi iron tudung tu. Dah lambat ni".(dgn nada lembut).
Ko tau budak pempuan tu jawab apa kat MAKK dia?? "Ek eleh, asal kakak lak kena iron?? Mak ah pergi iron sendiri"!!!!!(dgn ton tinggi, nada kuang hajar, kerek dan sebagainya)
Whoaaaaaa. Berderau darah aku. Terus aku terstop kejap makeup lalu pandang muka budak ni. Eeeeeeee nak aje aku penampar muka budak ni. Kuang ajar sungguh!
Lepas tu boleh pulak mak dia geleng2 kepala and pergi iron tudung tu. By the wayyy, tudung tu ialah tudung anak dia. Patutnya anak kau nak pakai tudung tu, anak kau lah gosok sendiri! Kalau aku kat tempat mak dia tu, kat situ jugak aku lempang muka si anak.
Bila aku pk balik, hmm entah apa penyebab anak dia sekerek itu? Mmg disrespect sungguh! Adakah sebab mak dia yg terlalu give in sampai anak pijak kepala??
Si Fussy
Ye aku faham mesti korang cakap, eh mestilah pengantin cerewet, kitorang bayar kott. Bukan makeup free. Ye mmg betul, tak salah nak cerewet tapi jangan over. Kita ni nak buat apa2 pun, jangan berlebih2an.
Cerita ni terjadik masa aku makeupkan customer tunang. Dia cakap nak makeup natural. Most of my customers mmg hire aku makeup sebab nakkan that natural look. So aku dah faham.
Lepas dah siap makeup, dia tengok cermin dia kata tak nak makeup camtu. Nak camni. Nak lagi light, lagi natural. Nak lipstick kaler koko butter. Seryesly korang, aku dah buat senatural mungkin dah. First time jumpa customer mcm ni. Pastu aku tukarkan false eyelashes dia sebab dia tak berkenan. Aku tukarkan kaler lipstick lebih 5 kali okkk!!!! Dia sekejap2 tengok cermin, cakap tak suka makeup aku! Taknak macam tu!
Ni aku nak bgtau ni. It takes makeup to look natural. Kalau makeup ala kadar, yg light2 tu semua, nanti dalam gambar tak cantik. Kau nak kenangan kan, captured in the photos. Kalau nak makeup light ala2 makeup pergi kerja, kau makeup lah sendiri. Takyah lah buang duit hire makeup artist.
Tapi tu semua aku cakap dalam hati aje. Aku sabar babe, sabar. Aku ikutkan aje kehendak dia sebab aku pikir dia dah bayar. Pastu dia tanya pendapat semorang. Kakak, adik, mak, sepupu sepapat. Tiba2 ada satu penyelamat aku, makcik dia!!! Makcik dia cakap makeup aku cantik, dalam gambar pun cantik. Fuhh lega, tenkiu makcik.
Maka, aku pun meminta izin untuk pulang. Dalam kereta, nangis. Semahu-mahunya. :(
Balik rumah, ngadu kat mak pak. Mak pak aku cakap "biasalah, bukan senang kita nak puaskan hati orang". Pastu ngadu lak kat kawan2 seangkatan yg buat makeup jugak. Diorang cakap "kalau aku jadik kau Wani, aku stop makeup, bungkus beg then terus balik! Padan muka dia."
Cakap pasal bungkus beg, terus aku teringat cerita abang ipar aku. Abg ipar aku ni kerja bank, dia ada kawan nama Abu (bukan nama sebenar). Abu ni Manager kat Maybank. Abu's wife pun somebody jugak. Abu's wife ni minat buat deco2 pelamin. So, weekend diorg buat pelamin orang kahwin. Padahal both of them gaji dah puluh2 ribu ni. Dipendekkan cerita, masa Abu n wife dah pasang pelamin kt rumah customer, customer dan family cerewet ya rabbi. Banyak songeh, serba serbi tak kena. Itu taknak, ini taknak. Padahal masa byr deposit rm1k dah agreed dengan semua deco2.
Nak tau apa Abu buat? Dia bengang, dia pulangkan balik deposit seribu, kemas beg, bungkus pelamin then balikkk!!! Hahaha. Kamikaze sungguh. So tinggallah pengantin bersanding takdak pelamin dek kerana kecerewetannya yg melampau.
Ok, berbalik kepada kes aku dengan si fussy tu. Selepas sebulan majlis tunang dia, dia sms aku. Berbunyi:
"Kak Wani, thanks so much sebab makeupkan saya haritu. Saya baru aje dapat gambar tunang dari photorapher, memang betul kata akak ,cantik sangat makeup bila dalam gambar. Saya suka sangat".
Inilah ganjaran orang yg sabar agaknya. By the way, aku tak reply pon sms dia. Merajuk gitu. hahaha poyos.
Si Juri Undangan
Nampak tak kat situ, bukan juri tetap. Tapi juri undangan. Hahahaha. Juri tetap ialah customer. Juri undangan ialah kaum kerabat customer.
Fenomena yang ni memang biasa dihadapi oleh para makeup artist. Customer kita suka aje, puas hati je dengan hasil kerja kita, tapi si sepupu sepapat, best friend pulak jadi juri, criticize makeup kita seolah2 macam kita takde kat situ.
Selalunya yg komen ni budak2. Kawan2 si pengantin. Yg taktahu pape. Dia nak tunjuk dia concern dekat kawan dia kot tu yg semua benda dia komen. Kot ye pun nak komen, jagalah hati si tukang makeup.
Si MIA- Missing in Action
Sebelum customer nak engage aku as a makeup artist, diorang kena bayar sejumlah deposit untuk block the date. Tak banyak. 1/3 daripada harga total. Mcm biasa, customer ni dah bayar deposit. So aku pun pergi makeup dia, majlis nikah. Pastu tugas dah selesai, selaluya customer akan standby letak balance duit makeup dalam sampul. Tapi, customer ni tak. Dia cakap nanti dia bank in. Aku ok je. Tak sempat kot nak pergi bank segalak. Faham.
Hari ke 3, tak bank in2 balance duit makeup. Lepas sebulan pun tak bayar2 lagi. Haissh, sms tak reply, call tak angkat. Apa agaknya ada dalam fikiran dia ek? Macam mana dia boleh hidup dengan tenang bila dia tengok album nikah dia, tengok muka dia yang dimakeupkan oleh AKU??
Dia ni ingat aku buat amal jariah apa? Dgn sakit pinggangnye berdiri sejam makeupkan dia, dengan sesat jalannye drive rumah dia yg kat ceruk tu. In the end, bila mintak balance duit makeup, dia MIA.
Sampai sekarang. Dah 2 tahun dah dia MIA.
Apa aku buat? Halalkan dan lupakan.
Kalau korang baca spesies maknusia di atas, jangan salah sangka. Bukan takde customer yg baik2. In fact, ramai sebenarnya yg baik2. Ada tu siap pelawa aku makan, bagi aku door gift. Tapi aku cerita yg negative side, supaya kita sama2 learn untuk tidak menjadi seperti spesies itu.
Walaupun macam2 tragedi menimpa, macam2 peel customer aku jumpa, here i am, masih lagi bergelar makeup artist :) Masa aku pregnant kan Ashraf and Adam pun aku gigih pergi makeup org. Perut boyot2 pun aku redah. Sebab passion, and of course $$$.
Buat benda yang kita minat = Happiness.
No comments:
Post a Comment