Monday, August 5, 2013

Gambar Studio Baby

Bismillah...


Gambar2 yang bakal aku share ni gambar lama. Taken on 2009. Masa tu Ashraf baru 6 or 7 bulan kot.
Aku pilih pakej gambar studio baby dekat Serindit Photo ni sebab (1) Murah. hehehe. (2) Hasirol, owner studio ini ialah seorang yg sangat profesional. Dan hensem. hehehehe. Dan ajar kitorang yang kayu ni posing.

Check it out babeh...











Air liur menjejeh







Sunday, August 4, 2013

Pengalaman as a Makeup Artist

Bismillah...


Aku start jadik part time makeup artist taun 2009. Ni dah 2013, secara matematiknya aku dah almost 4taun involved in makeup industry. Aku sebenarnya suka mewarna. Dulu masa kat skolah, antara melukis dengan mewarna, aku prefer mewarna. Aku lukis orang lidi pun burukk, apatah lagi lukis orang betul. Tapi kalau bab combination colour, mmg aku pro. Wahhh berlagakkk!
Best jugak jadik make up artist ni, sebab macam2 jenis maknusia ko jumpa. Ko dealing with customers, so tahap kesabaran ko adalah sedikit tinggi. Sesapa yg kerja dalam line customer service, mmg aku tabikkk. Ni antara jenis maknusia yg aku jumpa yang terpahat di ingatan aku, yang aku takleh lupa sampai bila2.

Si Tanggang
Kejadian ni jadik dalam taun 2011, aku ada makeupkan customer untuk nikah. Biasalah kalau ada sedara kahwin, kite pagi2 dah gather kat rumah pengantin. Masa tu mmg penuh rumah customer dengan sanak sedare. Tengah aku makeupkan customer ni, ada sorang budak pempuan, budak skolah menengah, tengah tengok aku makeup. Dia ni anak buah customer aku. Aku dengar mak dia panggil dia :
"Kakak, cepat pergi iron tudung tu. Dah lambat ni".(dgn nada lembut).
Ko tau budak pempuan tu jawab apa kat MAKK dia?? "Ek eleh, asal kakak lak kena iron?? Mak ah pergi iron sendiri"!!!!!(dgn ton tinggi, nada kuang hajar, kerek dan sebagainya)

Whoaaaaaa. Berderau darah aku. Terus aku terstop kejap makeup lalu pandang muka budak ni. Eeeeeeee nak aje aku penampar muka budak ni. Kuang ajar sungguh!
Lepas tu boleh pulak mak dia geleng2 kepala and pergi iron tudung tu. By the wayyy, tudung tu ialah tudung anak dia. Patutnya anak kau nak pakai tudung tu, anak kau lah gosok sendiri! Kalau aku kat tempat mak dia tu, kat situ jugak aku lempang muka si anak.

Bila aku pk balik, hmm entah apa penyebab anak dia sekerek itu? Mmg disrespect sungguh! Adakah sebab mak dia yg terlalu give in sampai anak pijak kepala??

Si Fussy
Ye aku faham mesti korang cakap, eh mestilah pengantin cerewet, kitorang bayar kott. Bukan makeup free. Ye mmg betul, tak salah nak cerewet tapi jangan over. Kita ni nak buat apa2 pun, jangan berlebih2an.
Cerita ni terjadik masa aku makeupkan customer tunang. Dia cakap nak makeup natural. Most of my customers mmg hire aku makeup sebab nakkan that natural look. So aku dah faham.

Lepas dah siap makeup, dia tengok cermin dia kata tak nak makeup camtu. Nak camni. Nak lagi light, lagi natural. Nak lipstick kaler koko butter. Seryesly korang, aku dah buat senatural mungkin dah. First time jumpa customer mcm ni. Pastu aku tukarkan false eyelashes dia sebab dia tak berkenan. Aku tukarkan kaler lipstick lebih 5 kali okkk!!!! Dia sekejap2 tengok cermin, cakap tak suka makeup aku! Taknak macam tu!

Ni aku nak bgtau ni. It takes makeup to look natural. Kalau makeup ala kadar, yg light2 tu semua, nanti dalam gambar tak cantik. Kau nak kenangan kan, captured in the photos. Kalau nak makeup light ala2 makeup pergi kerja, kau makeup lah sendiri. Takyah lah buang duit hire makeup artist.

Tapi tu semua aku cakap dalam hati aje. Aku sabar babe, sabar. Aku ikutkan aje kehendak dia sebab aku pikir dia dah bayar. Pastu dia tanya pendapat semorang. Kakak, adik, mak, sepupu sepapat. Tiba2 ada satu penyelamat aku, makcik dia!!! Makcik dia cakap makeup aku cantik, dalam gambar pun cantik. Fuhh lega, tenkiu makcik.

Maka, aku pun meminta izin untuk pulang. Dalam kereta, nangis.  Semahu-mahunya. :(

Balik rumah, ngadu kat mak pak. Mak pak aku cakap "biasalah, bukan senang kita nak puaskan hati orang". Pastu ngadu lak kat kawan2 seangkatan yg buat makeup jugak. Diorang cakap "kalau aku jadik kau Wani, aku stop makeup, bungkus beg then terus balik! Padan muka dia."

Cakap pasal bungkus beg, terus aku teringat cerita abang ipar aku. Abg ipar aku ni kerja bank, dia ada kawan nama Abu (bukan nama sebenar). Abu ni Manager kat Maybank. Abu's wife pun somebody jugak. Abu's wife ni minat buat deco2 pelamin. So, weekend diorg buat pelamin orang kahwin. Padahal both of them gaji dah puluh2 ribu ni. Dipendekkan cerita, masa Abu n wife dah pasang pelamin kt rumah customer, customer dan family cerewet ya rabbi. Banyak songeh, serba serbi tak kena. Itu taknak, ini taknak. Padahal masa byr deposit rm1k dah agreed dengan semua deco2.

Nak tau apa Abu buat? Dia bengang, dia pulangkan balik deposit seribu, kemas beg, bungkus pelamin then balikkk!!! Hahaha. Kamikaze sungguh. So tinggallah pengantin bersanding takdak pelamin dek kerana kecerewetannya yg melampau.

Ok, berbalik kepada kes aku dengan si fussy tu. Selepas sebulan majlis tunang dia, dia sms aku. Berbunyi:
"Kak Wani, thanks so much sebab makeupkan saya haritu. Saya baru aje dapat gambar tunang dari photorapher, memang betul kata akak ,cantik sangat makeup bila dalam gambar. Saya suka sangat".

Inilah ganjaran orang yg sabar agaknya. By the way, aku tak reply pon sms dia. Merajuk gitu. hahaha poyos.

Si Juri Undangan
Nampak tak kat situ, bukan juri tetap. Tapi juri undangan. Hahahaha. Juri tetap ialah customer. Juri undangan ialah kaum kerabat customer.

Fenomena yang ni memang biasa dihadapi oleh para makeup artist. Customer kita suka aje, puas hati je dengan hasil kerja kita, tapi si sepupu sepapat, best friend pulak jadi juri, criticize makeup kita seolah2 macam kita takde kat situ.

Selalunya yg komen ni budak2. Kawan2 si pengantin. Yg taktahu pape. Dia nak tunjuk dia concern dekat kawan dia kot tu yg semua benda dia komen. Kot ye pun nak komen, jagalah hati si tukang makeup.

Si MIA- Missing in Action

Sebelum customer nak engage aku as a makeup artist, diorang kena bayar sejumlah deposit untuk block the date. Tak banyak. 1/3 daripada harga total. Mcm biasa, customer ni dah bayar deposit. So aku pun pergi makeup dia, majlis nikah. Pastu tugas dah selesai, selaluya customer akan standby letak balance duit makeup dalam sampul. Tapi, customer ni tak. Dia cakap nanti dia bank in. Aku ok je. Tak sempat kot nak pergi bank segalak. Faham.

Hari ke 3, tak bank in2 balance duit makeup. Lepas sebulan pun tak bayar2 lagi. Haissh, sms tak reply, call tak angkat. Apa agaknya ada dalam fikiran dia ek? Macam mana dia boleh hidup dengan tenang bila dia tengok album nikah dia, tengok muka dia yang dimakeupkan oleh AKU??

Dia ni ingat aku buat amal jariah apa? Dgn sakit pinggangnye berdiri sejam makeupkan dia, dengan sesat jalannye drive rumah dia yg kat ceruk tu. In the end, bila mintak balance duit makeup, dia MIA.

Sampai sekarang. Dah 2 tahun dah dia MIA.

Apa aku buat? Halalkan dan lupakan.

Kalau korang baca spesies maknusia di atas, jangan salah sangka. Bukan takde customer yg baik2. In fact, ramai sebenarnya yg baik2. Ada tu siap pelawa aku makan, bagi aku door gift. Tapi aku cerita yg negative side, supaya kita sama2 learn untuk tidak menjadi seperti spesies itu.

Walaupun macam2 tragedi menimpa, macam2 peel customer aku jumpa, here i am, masih lagi bergelar makeup artist :) Masa aku pregnant kan Ashraf and Adam pun aku gigih pergi makeup org. Perut boyot2 pun aku redah. Sebab passion, and of course $$$.

Buat benda yang kita minat = Happiness.

Friday, August 2, 2013

Tips Pergi Interview

Bismillah..

        I am no longer Siemens's staff. Masa aku buat keputusan nak berhenti kerja kat Siemens, ramai yang membantah. Yang paling meroyan sekali ialah Afen (suamiku).Yela, aku dah kerja sana 6 tahun kot. Lagi 4 tahun kerja boleh dapat Long Service Award gamaknya. Lagi satu, Siemens company besar, femes. Orang tanya je keje mana, dengan berlagaknya jawab "Siemens" sambil senyum riak. Dan kau takkan dengar orang tanya "ha, company apa tu??". Nak tau bila Siemens was founded? Tahun 1874 okkk!! Kalau dikira, Siemens sekarang berusia 166 tahun. Tak bangga lagi? heheh..

      Apa sebab aku berhenti Siemens, nanti aku share. Yang pasti, aku ada solid reasons for my exit. Bukan sehari dua punya decision ye.

     Setelah 4 bulan duduk rumah jaga anak, makanya startlah job hunting. Update resume bagai, amik gambar passport segalak. First bila aku start cari kerja balik ni, mestilah aim nak dapat kerja government kan? Impian setiap orang kot. Web SPA yang asyik hang tu pun aku update jawatan yang dipohon. Tetiba aku terfikir dan mula berpijak di bumi yg nyata. Dah bertahun2 aku apply SPA tak pernahnya nak dapat weiii. Maka, start ber-jobstreet lah kita. Swasta pun swasta lah.

    Alhamdulillah, harini apply, esoknya dapat call for interview.

Caller: Hello Hazwani, this is Mrs Lim from Green***. We received your application on Sales Engineer. Are you available to come for interview on 1st August?

Aku: Hello. Sorry what company u are calling from? And what position is that? (dengan background anak nangis kat blakang. Paling best my 2 little sons tengah bergaduh, berebut barang). hahahaha malunyee.

    Bila aku fikir balik, mak aiii ada ke patut aku tanya macam tu? Pastu aku cepat2 cakap "Can you please send me the details of the interview?" Then aku check email.

      Pastu aku dengan cargasnya reply:


       Malam sebelum hari interview, aku dah goyang dah. Sebab tak prepare. Maka, search la tips interview, buat karangan sikit dan practice. Meh aku share tips, senang korang takyah gi google2 lagi. Aku summarize kat sini yang mana aku ingat.

Tips Temuduga 
  1. Soalan yang confirm interviewer akan tanya ialah "Tell me about yourself".  Haha.
- Cara jawab dia, focus on what interests the interviewer. Jgn bikin malu jawab kau anak nombor brapa, adik bradik baper orang, lahir kat mana, mak pak kerja apa. They never want to know about your personal. Dalam hati mereka berkata "ada aku kesah?? atau.. "like i care". hehehe.
- Jgn sesekali jawab "What do you want to know?". Ini menunjukkan korang unprepare for the interview, so most likely korang tak prepare for the job.
- Nak jawab soalan ni, korang kena imagine macam movie preview. Kalau kita tengok movie preview yang best, mesti kita nak tau more pasal cerita tu kan? So, masa ni lah korang kena "sell yourself".
Ada 3 perenggan nak jawab soalan ni:

1st part: Bagitau nama, umur, tinggal mana.
               Bagitau education history. Blajo kat mana. I'm talking about tertiary education ye.
               Bagitau working experience.

2nd part: Bagitau biggest accomplishment masa kat tempat kerja lama. Contohnya kau berjaya close sale yang bernilai rm5juta. Ha cenggitu.
                      
3rd part: Bagitau apa yg kau nak in next career dan kaitkan dengan skills yg ko ada.

- Yang penting is be brief. Ayat takyah nak bombastik sangat. Ko tulis semua tu dalam perenggan then rehearse.

2.  Fikirkan jawapan kepada soalan2 standard yang lain seperti:

- Why should we hire you?
- Why you leave your previous company?
- Whats your strength and weakness?
banyak lagi sebenarnya ni.

3.  Practice, practice and overpractice.

- Bila dah tulis semua skrip interview, apa lagi, practice and over practice. Rehearse sampai kedengaran natural. Macam orang bersembang. Jgn nampak macam kaku dan jangan guna ayat buku. Masa kau tulis skrip tu pon tak payah nak grammar concern sangat. Belasah...janji confident.

4. Survey jalan

- Ini penting tahap maksima. Nak tau apa jadik kat aku? Aku meletakkan konfiden ku pada GPS papago. Sekali esoknya nak guna, dia boleh hang pulak! Tak menyala langsung pulak tu. Battery drained out. Aku call Afen gelabah2 suruh dia google map. Haiyohh. Naseb baek aku gerak 2jam awal.

5. Penampilan kena tiptop.

- Aku siap beli baju baru kat Jusco khas untuk interview. Pastu aku google, orang kata jangan pakai tudung instant(awning keras) pergi interview. Sebab nampak tak profesional. Hahaha. Yela kau bayangkan pakai tudung fareeda yang 2 3 layer, colourful plak tu. Kau nak pergi pavi ke apa? So, aku ber shawl aritu.

- Makeup. Since aku ialah makeup artist, makanya makeup adalah seperti pro. Sambil drive keta manual, change gear bagai, sambil pakai blusher. Wow husler sangat tu. Puiiii berlagak!
Tips makeup ke interview: Jangan makeup sekilo mcm ni pls:


Tapi makeup macam ni instead:


        Satu tips aku nak bagi, korang pakai blusher kaler soft pink. Layang2kan kat pipi secara lemah gemalai. Sebab pinky rosy cheek boleh buatkan effect segar serta merta. Muka terus nampak glow walaupun tak mandi! hahaha. (note: recommended blusher: MAC Dollymix).
       Ok tu je setakat ni. Paling penting on top of all these tips is of course doa. Allah shj yang boleh tolong kita. Pray hard. Nak doa pun ada caranya. Ni ustaz yg ajar ye, bukan aku memandai.
Caranya, hadirkan rasa rendah diri dalam hati dan baca إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ . Maksudnya "Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan." Pastu baru doa moga permudahkan dan sebagainya. Bila doa, kita kena yakin. Allah itu Maha Pemakbul doa.
     Oh. kalau korang nak contoh write-up pasal interview pon boleh email aku dekat sini: mylife639@gmail.com. Aku kasik sample ayat, korang edit2 sikit aje. Ai is pemurah. I am nice, like that. Puiii!!!!






  

Sunday, May 27, 2012

Sikap Orang German yang Orang Malaysia Patut Contohi

              saya sangat wonder kenapa orang German has a very good attitude?sangat baik. sangat berdispilin. and i see a lof of good things in German people that we should emulate. didikan awal barangkali that turned them to be  a good person? ok we discuss about that later. now, mempersembahkan list of attitude orang German yang awesome yang patut kita contohi:

1) orang German sangat precise, tepat dan jitu when it comes to TIME

         - dialog berbunyi seperti ini: "Wani, you need to take the bus number 293 to get you to the office. here in Germany you can plan your schedule because the bus will follow the time exactly as written in the bus timetable." (yang ditampal di tiang), said my colleague. "oh please don't lie, if it shows 7.04 am, the bus will not be here 704 sharp right? (dengan nada yang agak sombong sambil terbayang situasi di Malaysia), said Wani innocently. my collleague smiles and said "you will know it tomorrow", atau dalam kata lainnya (tak percaya lantak kau lah wani, ada aku kesah??). 
    the next day and the day after, and until today (Day 15 in Germany), my colleague said it right!. kalau  jadual bas tu tulis pukul 7.04, memang bus akan sampai sharp 7.04 ok!!!!! sangat2 jarang dia datang 7.03 or 7.05. giler ah aku sangat impressed with the German Precision.

      - oh disebabkan German Precision ini, if one day you are late, and you are running fast, trying to catch the bus and there you are, knocking the bus door dengan muka kesian (dengan harapan pintu akan terbuka), you are wrong. 
the driver will not open the door for you even you are just a milisecond late! walaupun muka kau dah terpampang depan bas, tinggal tunggu dia bukakkan je. this is because the bus drivers do not want to be late and thus not following the German precision. "time and tide wait for no man" memang harus dipraktikkan di sini ye adik-adik.

bus timetable at erlangen

2) orang German sangat berbudi bahasa di mana sahaja mereka berada.

         - first situation that i experienced with the politeness of the Germans are at the shopping mall or supermarket. you are queuing at the kasse (bahasa inggerisnya ialah cashier counter) to pay for your goods and when your turn comes, the cashier will always greet you (in German of course). kau faham ke, tak faham ke dia tak peduli ye. janji dia greet with a sweetest smile in the world and said "hello, wie getse ihre?". (ok nasib baik yang ni aku faham). 

         - second situation that takes place is in the bus. it was a monday morning where the bus i took is crowded with so many people and there is no seats available. the bus stopped at one station and there was a pregnant lady coming in. guess who is offering her a seat? jengjengjeng... a guy with a punk hair and he has tattoos on all over his arms! sounds unbelievable? believe it baybeh...

baby with punk hair adalah sangat comelness!
*googled pic*
               
              
                    i remember reading stories from  hannah's blog, that she is travelling with bus everyday to work and still taking a bus until her pregnancy reached 9months!! i am really impressed with you, Hannah Johary! anda memang wanita cekal! 
now, please imagine the situation when you are finished with a very hard day at work, you are waiting for the bus like forever (how i wish Malaysian Precision is implemented here), and when you get into the bus, you are not being offered a seat and you were standing like hours in the bus! kemon, doncha see my huge belly and my swollen feet, holding this stupid bag and stupid umbrella? (aik,beg dengan payung tersebut tak bersalah kott? kesian mereka digelar stupid). tolong kesian sikit kat perempuan mengandung boleh tak???!!!@@@!!! dahla we have this morning sickness like crazy, tu belum masuk cerita Hyperemesis Gravida (severe nausea and severe vomitting during pregnancy). and you think we can rest like a queen at home even we are carrying a 3kilos baby inside us??? ha? boleh fikir takk???!! boleh ke tak???!!!!

            
 ok, next situation that takes place was at the supermarket. now imagine this in your brilliant head please: You go to tesco to do a monthly groceries shop. you must go to tesco because there is the only place that has a lot of entertainment for the kids- it's their playland! (tesco please bayar royalti dekat saya sekarang). 
then you go to one alley to another. you take diaper, milk, detergent and so on for a one month stock. kemudian kau turut hawa nafsu kau untuk membeli aiskrim, chocolates, junk foods and instant maggi mee. 
you put everything in the trolley sambil buat calculation in your head. sebab tu awal2 saya mention brilliant head kerana perlu jadi brilliant to do a mathematical calculation here.
 then you have left the dry food area and now entering to the cold area where they put juices, yoghurts, nuggets. tiba2 kau rasa tak jadi beli maggi mee because tetiba rasa macam makan megi is bad for your health. will you go back to the dry area, return the maggi mee back to it's original place? or you will just leave it in the place where you stand? 
pernah nampak tak satu rack yoghurt tetiba tersesat ada a pack of maggi mee kat situ? itu nama dia pemalas. saya juga sometimes tidak ketinggalan untuk bersikap begitu ye. ish teruk betul.. but for the Germans, they will not do that! i saw it in front of my eyes, they will returned it back to where it  belongs. bagus kan?

  
3) orang German mengamalkan gaya hidup sihat.

      -  you know how do they go to work?  = cycling and walking.      
     - you know what they have for breakfast? = salads, juices, fruits, oats.
      - you know what is their activity in the weekend? = jogging, gardening, bring kids to playground. (playground kat German tak macam kat Malaysia yg penuh dengan vandalisme. playground in Germany ada swimming pool ok)


4) orang German sangat strict to the rules.

             - they practice "reduce-reuse-recycle" in their day to day life. every house has their 4 recycle bins and they put garbage according to the categories. memang ikut betul2, kalau plastik masuk dalam plastic bin. 
i have it also in my apartment where i stay, tapi aku bantai je bubuh semua sampah tak kiralah plastik ke ,paper ke, bottles ke, left over food ke, masuk dalam satu tong sahaja. hahah agak pemalas di situ. sorry ye majlis perbandaran erlangen...

           - for working ethic, they have an akta says , "every employee is not allowed to come to work on public holidays". (kalau kat Malaysia dapat triple pay kalau kerja public holiday kan?) second rule says " no employee is allowed to work more than 10 hours per day" (kalau kat Malaysia, lebih 12jam pun ada orang kerja sebab nak kejar OT punya pasal). third rule says "employee is not allowed to work alone under any circumstances".(kalau kat Malaysia, aku selalu jugak kerja sorang2 dalam office).
sedar tak kenapa such rules are being implemented in Germany? reason is because they want us, parents to have more time with the family. supaya anak2 tak terabai.


5) orang German sangat berterus terang.
          
            - when they say No, they mean it. when they say Yes, they mean it. takde selindung2 ye. tak macam kita kan orang melayu sangat pandai menjaga hati. we, malaysians are very hard to say NO. sebab tu kot one of the main reasons why most malay couples are divorced because they are not being honest, communication-failure. sebab apa? sebab tak berterus terang, nak jaga hati, so pendam, lama2 meletup.


    i think thats all for now. oh, of course there also bad things about them that i wish i can fly to Malaysia right here, right now, tapi kita tulis yang baik2 jelah kan. tiru yang mana elok ler ye dak.

waktu di Malaysia sekarang : 1.59 am.
waku di Germany sekarang: 7.59 pm.


Tips When You Shop for Groceries in a Foreign Country

                     wow, wani bagi tips macamni?? biar betul der, takkan wani yang drama queen, ratu air mata pergi travel outside malaysia? hehe sounds unbelievable? believe it or not, yes i am invited by the project manager in Germany (gi europe bai...kau mampu?? hahah)
 to complete the big dmr (design modification request) and frr (field requisition request) bop from customer. yes, from now on you will find a lot of engineering terms used in this blog. saja je ngada2 tulis engineering terms bagai sebab in future mungkin dah tak masuk line engineering dah, so mesti tulis dalam blog untuk kenangan pada masa hadapan.

 since customers are requesting to upgrade the power plant from open cycle to combined cyle , therefore a lot of modifications needed (hardware and software), thousands of wiring documentations involved, ordering new DCS cabinets are planned.

  back to my Germany story, today is my 11th day in Germany and alhamdulillah i survived. haha! and one way to survive is to make sure you have a lot of food in your fridge. dok la merapu meraban, mana tipsnya?

 ok..presenting...my tips and tricks that you can apply when you are in a foreign country, and you are alone, and your fridge is empty, your stok makanan are running out, and you don't speak german, and the worst part, the cashier at the supermarket refuses to speak english.dia sedap je cakap german dia dengan harapan ada perkataan german yang sama maksud dengan perkataan english. ha acane tu acane tu? susahkan?


1- first and foremost is...to have sufficient cash. you don't want to be charged rm12 to withdraw cash from atm in the country you visit, doncha? and you will not be able pun to withdraw cash using your local atm card if you have not instructed the bank to activate your top plus. activating top plus means your local atm card can be used at any atm machine in entire world. (cuba baca perenggan ke-2, "you will not be able pun". bahasa sanskrit apakah itu? ish3...)

2- secondly, (mesti ke tulis secondly? bukan dah ada nombor 2 ke kat belah kiri tu?) is to have small notes and small coins. i used to be a cashier at carrefour supermarket, wangsa maju during my semester break. dan saya rasa nak bagi makan maki sahaja kepada manusia yang beli bawang singgit dan bayar guna rm100. ha bengang tak,bengang tak?
 so, to avoid being cursed by the cashier (in german pulak tu), please bring small notes. dan lagi satu, small coin if you would like to use the trolley. in germany, u need to put 1euro.

3- when you are entering the fruits alley and you wish to buy fruits, salads or any veges, please choose any fruits that comes in a package, with a price tag. do not take anything that has no bar code. yela takde barcode nak scan guane? and another thing, please imagine this situation in your head: you in your most stunning outfit (eh apa kena mengena), grab 2 tomatoes (beli 2 je, nak jimat punya pasal,) walking to the weighing counter (dengan penuh konfiden sekali) alih2 you find the weighing scale instructions are in german.dang! please note that it is different in germany , there is no one sitting at the weighing counter to help you ye. you need to do it yourself. kalau salah tekan macamana?
 sebenarnya motif yang saya hendak sampaikan di point no.3 is kita seboleh2 kena buat benda yang akan mengurangkan komunikasi dengan cashier. just pay and leave. kalau dah salah tekan, kang macam2 pulak soalan arise from the cashier. kalau cakap english, takpe. ini stok bangsa cakap jerman dan tak pedulik orang faham ke tak.

4- next tip is to do some research/google translate of things you want to purchase before making a move to the kaufland/aldi/arcaden (nama2 supermaket di erlangen,germany). contoh: salz=salt, kurkuma=kunyit, zucker=sugar. 

5-finally, aim products which has lowest price (ofcross darling, duit euro 4kali ganda duit rm kottt). 

semua ni berharga 24 euro sahaja ye! (sile jangan convert ke rm) bayangkan beli banyak macam ni kat Malaysia dapat tak rm20?

shampoo and lip balm is a must item to have when you are in Germany! cuaca  sangat  sejuk dan kering  menyebabkan dry lips yang so-not-sexy and hair yang macam ranting kayu

for breakfast! oh how i miss nasi lemak sambal sotong 

things needed to cook a pasta. reti ke wani? ahhh, mr google kan ada!

roti berharga 0.49 euro

i think that's all for now. gute nacht!



Tuesday, April 17, 2012

Nursing Room at office - after years of waiting ~

I have just received an email about the new nursing room has been completely built and ready to be used! Alhamdulillah, finally yayy! Sepantas kilat i took my breastpumps kit (Spectra3-my love) and bring it to 15th floor! My first impression was- WOW! Super cosy, with a big mirror and super clean. this is what we called a motivation.:) i am now so motivated to express milk on schedule, every 3 hours, no delay like i always did. my plan is to purchase a drying rack, a bottle brush, a brush cleanser and place it there. how i wish there is a fridge in the room so i can store my EBM. (eh tak bersyukurnya, dah ada nursing room mintak fridge pulak). i should have remember the hard times when i expressed milk in small prayer room with everyone watching .(malunya!!) Thank you Allah for this great facility.

I am back, and will keep on writing...

I have stopped writing since 2010, and here i am trying to express what i feel inside. Lots of happiness and sadness i've been through. I will try to write as many as i can, as many as i remember so i won't forget the good things that have happened in my life! Bear with me, my dear diary! :)